SAKAN STEVIA 10ML

RM45.00

Stevia adalah pemanis semulajadi dan merupakan pengganti gula pasir terbaik

KANDUNGAN : 10ML

Stevia adalah pemanis semulajadi dan merupakan pengganti gula pasir terbaik. Pemanis stevia tidak memberi kesan kepada tahap gula dalam darah kerana kandungan kalorinya sangat rendah. Stevia dikatakan memberikan rasa manis 100-200 kali lebih tinggi dari sukrosa (gula didapur kita). Stevia juga stabil apabila dipanaskan dalam suhu tinggi (proses memasak), stabil dalam pH yang melampau (dalam perut kita) dan tidak terlibat dalam proses penapaian.

Apa itu Ekstrak Stevia?

Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.  Ekstrak pemanis stevia dikatakan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan; termasuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah, tidak merosakkan gigi, dapat melawan jangkitan rotavirus, membantu metabolisma gula dan membantu peningkatan fungsi buah pinggang.

Keistimewaan Sakan Stevia

  • Rendah Kalori
  • Bahan Semula Jadi
  • 100% Estrak Stevia
  • 100-200 Kali Lebih Manis
Weight0.05 kg
Scroll to Top